AuuucaaaAAkkk....!!

kalo suke LikE yer..

Sabtu, 6 Ogos 2011

GANJARAN PUASA RAMADHAN



Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


 
Riwayat Bukhari & Muslim



PENGAJARANNYA....

1- Puasa perkara "dharuriah" dalam agama dimana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa ianya menjadi kufur dan bagi sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa sebab atau uzur syarie, perlu dihukum.

2- Puasa mendidik kita bersabar dan berdisiplin dalam menghadapi dugaan dalam bulan ramadhan contohnya menahan nafsu dari segala perkara yang membatalkan puasa.

3-  Bulan Ramadhan juga adalah bulan membaiki prestasi diri kerana ALLAH memberikan kesempatan kepada  orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya disisi ALLAH S.W.T. Aktiviti disisi syarak yang dilakukan dalam bulan ramdhan dikira juga ibadah kepada ALLAH.

4-  Berpuasa dengan niat semata-mata kerana ALLAH, akan bernilai sepuluh kebajikan atau lebih. oleh itu, orang yang berpuasa didalam bulan ramadhan dan 6 hari di bulan syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hadis nabi juga ada mengatakannya.

5-  Ramadhan adalah bulan ibadah mendekatkan diri kepada ALLAH. Dengan itu kita  mesti benar-benar berusaha supaya tiada hari didalam bulan ramadhan ini berlalu tanpa melakukan amalan soleh kerana RAMADHAN bulan permohonan,  munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada
 ALLAH   S.W.T.






ISLAM ITU INDAH...ISLAM ITU MUDAH...
LAKUKAN SAHAJA APA YANG DIPERINTAHNYA..
INSYA'ALLAH AKAN DIBALAS DENGAN GANJARANNYA..
IKHLASKAN SEGALA PERBUATAN DAN AMAL SOLEH KITA...
SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T..
Mudah-mudahan..insya'allah..aaaminnn





Tiada ulasan: